Maybank Membantu Pekedai Kecil Dan Warung Makanan Dengan Menawarkan Penghantaran Percuma

TechnologyDigital
13 Apr 2020 • 8:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maybank kini telah hadir dengan sebuah kempen khas, dinamakan sebagai Sama-Sama Lokal. Melaluinya, Maybank menghimpunkan pelbagai kedai makan setempat, sekaligus memudahkan para pengguna membuat tempahan makanan melalui mereka.

image is not available

Maybank menggunakan penawaran teknologi asas sahaja untuk tujuan ini – memandangkan kekangan teknologi yang dihadapi oleh pekedai kecil atau pemilik warung makanan, dan sebagainya.

Melalui halaman ringkas yang disediakan, pengguna boleh menyemak kedai makan, memilih menu makanan, dan membuat tempahan terus menggunakan WhatsApp. Seterusnya, pengguna turut boleh membuat pembayaran menggunakan khidmat bank atas-talian atau Maybank QRPay.

Menariknya, Maybank meliputi bayaran penghantaran sehingga 10km, dan untuk setiap kilometer tambahan, pengguna akan dicaj sebanyak RM1.

image is not available

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak kedai-kedai dibawah inisiatif Sama-Sama Lokal melalui laman rasmi Maybank hari ini.

Layari : Sama-Sama Lokal