X Akan Memperkenalkan Ciri “Block” Berbeza Untuk Susur Masa dan DM

TechnologyDigital
13 Sep 2024 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi X kelak akan memperkenalkan satu lagi fungsi baru dimana pengguna akan diberikan kebolehan untuk melakukan halangan (block) akaun yang berbeza untuk susur masa dan DM. Melaluinya pengguna boleh menghalang seseorang daripada menghantar DM tanpa perlu menyekat mereka daripada siaran awam di garis masa. Ciri baru ini secara tidak langsung memberikan pengguna lebih banyak kawalan untuk tidak diganggu menerusi ruangan DM.

Sebagai pengguna X, saya merasakan ciri ini tidak begitu berguna dan tidak pernah diminta oleh sebilangan besar pengguna laman media sosial ini. Ia sama sahaja seperti ciri panggilan suara yang diperkenalkan sebelum yang turut tidak pernah digunakan. Malahan saya tidak mengetahui seorangpun pengguna X yang menggunakan ciri panggilan suara terus dari dalam aplikasi.