Twitter yang kini sedang melalui pelbagai proses perubahan. Sejak dijenamakan semula kepada X, terdapat banyak ciri baharu diperkenalkanTerbaru, X telah mengemaskini polisi privasi mereka dan akan mula mengumpul data biometri pengguna dan sejarah pekerjaan serta pendidikan.
Menurut Bloomberg, data biometri adalah untuk pengesahan identiti kepada pelanggan X Premium (dahulunya Twitter Blue). Selepas mengesahkan identiti dengan dokumen kerajaan, X akan menggunakan data biometri untuk memastikan ia padan dengan dokumen tadi.

Data sejarah pekerjaan dikumpul untuk ciri pengiklanan jawatan kosong yang baru diperkenalkan. X turut akan mengumpulkan data sejarah pendidikan, kebolehan, ciri jawatan diingini, sejarah mencari kerja kosong dan banyak lagi adalah untuk X mencadangkan pekerjaan yang sesuai, berkongsi kepada pekerja X sebagai calon pekerja baharu dan juga untuk iklan yang lebih menepati minat pengguna.
- Sumber
- X – Polisi Privasi
