X Bakal Menambah Ciri Pelaburan Dan Perdagangan Pada Aplikasi 

TechnologyDigital
20 Jun 2025 • 12:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

X dibawah Elon Musk sedia menyasarkan untuk menjadi aplikasi sehenti untuk pelbagai perkara. Selari dengannya, sebelum ini, X telah mula mendapatkan lesen kewangan di beberapa bandar di Amerika Syarikat dalam menawarkan ciri dompet digital dan pemindahan kewangan. Ciri berkenaan masih tidak dilancarkan lagi buat masa ini.

Tidak setakat itu, kini hadir laporan mengatakan X turut akan menambah ciri pelaburan dan perdagangan pada aplikasi media sosial berkenaan. Langkah ini dilihat akan menjadikan X sebagai salah satu aplikasi kewangan, dan bersaing dengan yang lain. Namun, ciri berkenaan mungkin terhad untuk pasaran Amerika Syarikat untuk permulaan, memandangkan setiap negara mempunyai tetapan keperluan lesen kewangan berbeza.

Disamping itu, berkongsi berkenaan dengan perkara ini bersama FinancialTimes, X juga dikatakan akan menawarkan kad kredit dan debit seawal tahun ini.

Selain memudahkan pembayaran antara pengguna (seperti PayPal), X melalui X Money juga dijangka akan memudahkan membeli barangan, atau memberi tip kepada seseorang penerbit kandungan.

Langkah ini juga dijangka menawarkan X satu lagi bentuk pendapatan berbeza, dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pendapatan berasaskan pengiklanan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved