X-BAT Ialah Sebuah Lagi Dron Swaterbang VTOL Untuk Kegunaan Tentera

WorldTechnology
23 Oct 2025 • 6:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bulan Oktober tahun ini nampaknya ialah bulan pelancaran sistem dron bersenjata di Amerika Syarikat. Selepas Sikorsky dan Lockheed Martin memperlihatkan sistem terkini mereka, minggu giliran Shield AI pula melancarkan dron X-BAT. Seperti Lockheed Martin Nomad, X-BAT ialah dron swaterbang yang mempunyai kemampuan terbang dan mendarat menegak (VTOL) dengan bantuan sistem kecerdasan buatan (AI).

image is not available

X-BAT diklasifikasikan sebagai dron Kumpulan 5 dengan sayap selebar 12 meter dan berat mencecah 599 kg. Ia dilengkapi enjin jet dengan platform pelancaran menegak yang direka untuk digunakan di mana-mana sahaja. Menurut Shield-AI, X-BAT boleh terbang sejauh 3704 km untuk menjalankan misi mengebom, menjadi pesawat pengiring jet tempur dengan juruterbang manusia atau bekerjasama dengan dron-dron lain di bawah panji program Replicator Amerika Syarikat.

image is not available

Dengan saiznya yang kecil, X-BAT menggunakan semula enjin pesawat tempur ringan F-16. Rekaannya pula adalah dari jenis sukar dikesan radar dengan senjata boleh disimpan di dalam tubuh. Sekiranya diperlukan misi, senjata masih boleh diletakkan di bawah sayap. Pembangunan dron sudah dilakukan sejak 18 bulan lalu dengan penerbangan pertama dirancang menjelang 2026 dan ia mula dikeluarkan menjelang 2029.

image is not available