X Kini Menawarkan Langganan Premium Dengan Diskaun Sehingga 40% Untuk Masa Terhad

TechnologyDigital
11 Oct 2024 • 1:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

X atau dulunya dikenali dengan nama Twitter, kini dilihat hadir dengan promosi masa terhad untuk langganan X Premium. Dibawah promosi ini, para pengguna boleh melanggan X Premium dengan diskaun sehingga 40%.

Daripada pengamatan kami, diskaun ini ditawarkan melalui web sahaja, dan tidak ditawarkan melalui pembelian pada aplikasi.

image is not available

Dibawah promosi ini, para pengguna boleh melanggan X Premium pada harga RM28 sebulan (berbanding harga biasa RM35 sebulan), atau X Premium+ pada harga RM56 sebulan berbanding RM70 sebulan kebiasaannya. Promosi ini ditawarkan untuk langganan tiga bulan pertama, sebelum ia kembali ke harga asal.

image is not available

Untuk langganan tahunan pula, X Premium ditawarkan pada harga RM221.40 setahun (berbanding RM369 setahun), selain X Premium+ pada harga RM442.80 setahun (berbanding harga RM738 setahun).

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran ini melalui X di web hari ini. Promosi ini ditawarkan sehingga 16 Oktober 2024 ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved