X Mengaktifkan Ciri Panggilan Video Dan Suara

TechnologyDigital
26 Oct 2023 • 3:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas beberapa bulan diacah, X hari ini mengaktifkan ciri panggilan video dan suara. Kami menyedari ciri ini diaktifkan apabila notifikasi di bawah muncul dalam aplikasi pagi ini. Pengguna boleh menyaring siapa yang boleh melakukan panggilan video serta suara kepada mereka. Contohnya menghadkan kepada mereka yang ada di dalam buku alamat, pengguna yang diikuti di X atau hanya akaun yang disahkan identiti mereka.

image is not available

Walaupun sudah diaktifkan hari ini, kami tidak dapat melihat butang untuk melakukannya pada skrin profil atau DM. Maka bagaimana ia boleh diakses masih lagi misteri pada waktu ini. Malahan akaun Twitter sendiri tidak memberitahu pengguna bagaimana ciri ini boleh digunakan pada waktu ini. Ia sekadar mengacah sama ada pengguna sudah bersedia ataupun tidak.

Tangkapan layar yang dikongsi sebelum ini menunjukkan ia diakses menerusi mesej DM yang diterima. Berita akan dikemaskini selepas maklumat lebih lanjut mengenai ciri ini diterima.