X Mungkin Perkenal Tiga Tahap Langganan Berbeza

TechnologyDigital
6 Oct 2023 • 3:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk mengatakan beliau ingin menjadikan X platform media sosial yang berbayar sepenuhnya di masa hadapan. Dengan pengiklanan menyusut pasca pembelian, beliau melihat ini adalah satu-satunya cara untuk membolehkan operasi X diteruskan. Dalam laporan Bloomberg, CEO X Linda Yaccarino telah bertemu wakil bank minggu ini dengan beliau mengumumkan platform merancang melancarkan tiga pelan langganan berbeza.

image is not available

Ketiga-tiga pelan Basic, Standard dan Plus akan membolehkan pelanggan mengurangkan paparan iklan pada susur masa mereka. Pelan ini diumumkan kepada bank bagi memberikan keyakinan bahawa X mampu membayar hutang serta pinjaman mereka dalam masa terdekat. Turut didedahkan ialah walaupun pengiklan kembali semula ke X, wang dibelanjakan pada platform adalah kurang berbanding sebelum ini.

Walaupun pengambil alihan Twitter oleh Elon Musk tidak digemari ramai, majoriti pengguna masih kekal kerana kurangnya alternatif yang lebih baik. Tetapi jika benar langganan diperlukan untuk terus menggunakan X, adakah anda akan terus setia pada platform ini?

[sumbr] Bloomberg [/sumber]

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved