Kandungan berbayar wajar dilabelkan dengan jelas agar penonton tidak keliru. Platform besar seperti YouTube, TikTok dan Facebook sudah lama menyediakan ciri ini. Terbaharu, X turut melangkah ke arah yang sama dengan mengumumkan pelancaran label ‘Paid Partnership’ pada ciapan pengguna.

Langkah ini bukan sahaja memastikan ketelusan dan pematuhan peraturan malah ia membantu mengekalkan kepercayaan pengguna terhadap platform. X menegaskan bahawa promosi yang tidak didedahkan boleh menjejaskan integriti dan membuatkan pengguna hilang kepercayaan.
Untuk makluman, sebelum ini X tidak mempunyai label rasmi ‘Paid Partnership’ ini. Pencipta kandungan biasanya menandakan hantaran berbayar dengan hashtag seperti #ad atau #sponsored. Pelancaran label rasmi ini menandakan satu langkah baharu yang lebih jelas serta selaras dengan standard industri media sosial.
Today we're announcing Paid Partnership labels on posts. X's core value is providing on authentic pulse on humanity.
While we want to encourage people to build their businesses on X, undisclosed promotions hurt the integrity of the product and lead people to distrust the content… pic.twitter.com/CmrRDx5tU1

