X (Twitter) Tidak Lagi Perlihatkan Pratonton Untuk Perkongsian Pautan

TechnologyDigital
5 Oct 2023 • 10:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

X atau Twitter merupakan salah satu platform yang sering dituju ramai dalam mendapatkan berita terkini. Namun, kini Elon Musk melakukan salah satu perubahan besar pada platform tersebut dalam bagaimana sesuatu pautan diperlihatkan apabila dikongsikan di perkhidmatan berkenaan.

Melalui kemaskini baharu, X hanya memaparkan gambar utama daripada sesuatu pautan, dan juga nama domain untuk pautan berkenaan. Ini mungkin akan membuatkan sejumlah pengguna yang tidak berkongsi tajuk pautan berkenaan membuatkan pengikut yang membacanya keliru dengan apa dikongsikan.

image is not available

Sebelum ini, Elon Musk pernah mengalakkan untuk menulis sesuatu perkara terus pada platform X sendiri. Malah, dengan langkah ini, ia disasarkan orang ramai tidak meninggalkan platform X, dan kekal untuk tempoh lebih lama.

Bagi anda, apa kata anda berkenaan dengan perubahan baharu ini di X?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved