X Wajibkan Pengguna Baharu Di Dua Buah Negara Untuk Bayar $1 Setahun Sebelum Boleh Lakukan Perkongsian

TechnologyDigital
18 Oct 2023 • 9:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

X yang dahulunya dikenali dengan nama Twitter, kini menguji program dinamakan “Not-A-Bot” di dua buah negara, dimana pengguna baharu platform berkenaan di New Zealand dan Filipina akan dikenakan caj sebanyak $1 setahun untuk membolehkan mereka melakukan sebarang perkongsian.

X mengatakan langkah ini adalah dalam usaha mengatasi masalah bot dan spam pada platform berkenaan. Sekiranya tidak membayar, pengguna hanya boleh sekadar membaca perkongsian di platform tersebut sahaja, dan tidak boleh melakukan perkongsian mereka sendiri, mahupun membalas sebarang perkongsian.

Buat masa ini, program ini hanya untuk pengguna baharu sahaja, sementara pengguna sedia ada boleh menggunakan perkhidmatan seperti biasa tanpa perlu membayar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved