Jawab atau perkhidmatan ditamatkan, tegas Shamsul Iskandar

13 Jun 2019 • 3:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan kementeriannya tidak akan teragak-agak untuk menamatkan perkhidmatan Setiausaha Sulitnya, Muhammad Haziq Aziz jika gagal menjawab surat tunjuk sebab bermula semalam sehingga esok.

Beliau berkata, ketika ini kementerian sudah mengambil tindakan awal mengikut prosedur yang ditetapkan terhadap Muhammad Haziq yang sebelum itu mengaku merupakan individu dalam rakaman video intim bersama seseorang yang didakwa pemimpin Pakatan Harapan.

“Tindakan dia tentunya sangat mengejutkan. Di peringkat kementerian, segala proses siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan telah dibuat.

“Buat masa ini, Muhammad Haziq digantung serta-merta daripada melakukan tugas rasmi. Dia perlu menjawab surat tunjuk sebab bertarikh 12 Jun dalam tempoh tiga hari," katanya pada sidang media di kementeriannya hari ini.

Jelas Shamsul Iskandar lagi, jika tidak ada sebarang maklum balas, kementerian tidak teragak-agak untuk memberhentikannya.

AKAN MENYUSUL


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved