Jalan Sedenak-Murni Jaya dijangka pacu ekonomi rancak: MB Johor

28 Jan 2020 • 6:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KULAI - Jajaran jalan baharu Sedenak-Murni Jaya sepanjang 6.5 kilometer yang melibatkan kos pembinaan sebanyak RM20 juta dijangka merancakkan ekonomi di utara Kulai yang bersempadan dengan daerah Kluang.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata pembinaan jalan baharu itu akan memendekkan perjalanan pengguna jalan raya memandangkan sebelum ini penduduk kawasan Kulai Utara terpaksa menggunakan jalan lebih jauh melalui Bukit Batu dan Ayer Manis.

"Projek pembinaan melalui sebuah ladang kelapa sawit. Oleh itu proses pengambilan tanah akan dilakukan terlebih dahulu.

"Keseluruhan projek pembinaan jajaran baharu ini bernilai RM20 juta akan dibangunkan secara bersama kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)," katanya di Surau Al Ansar, Taman Pancasila, hari ini selepas mengadakan lawatan rasmi dengan meninjau beberapa projek pembangunan, di sini.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi dan Pegawai Daerah Kulai, Mohd Khir Johari Salleh.

Sementara itu, Mohd Khir berkata Jabatan Kerja Raya kini sudah memulakan lakaran bentuk jalan baharu Sedenak- Murni Jaya.

"Proses pengambilalihan tanah membabitkan kos sebanyak RM7 juta sudah bermula dan dijangka selesai dalam tempoh enam bulan.

"Projek jalan baharu ini akan membangunkan kawasan terpencil di kawasan Kulai Utara dan memberi manfaat kepada 1,000 penduduk di Kulai Utara," katanya.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved