Hospital khas koronavirus kedua di Wuhan mula beroperasi

9 Feb 2020 • 7:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BEIJING - Hospital kedua koronavirus mula dibuka di bandar Wuhan semalam yang menjadi pusat epidemik wabak tersebut.

Stesen penyiar CCTV melaporkan pasukan perubatan pertama tiba di Hospital Leishenshan atau dikenali sebagai Thunder God Mountain Hospital itu untuk menerima kumpulan pertama pesakit yang dimasukkan ke kemudahan tersebut.

“Hospital dilengkapi 32 wad bersama 1,500 katil dan sebuah bilik pembedahan,” katanya.

Hospital khas pertama yang dibuka di bandar Wuhan, Huoshenshan atau Fire God Mountain Hospital mula beroperasi pada Isnin lalu.

Sementara itu, Suruhanjaya Kesihatan Hubei memaklumkan sekurang-kurangnya 699 pesakit dijangkiti koronavirus meninggal dunia manakala 24,953 kes jangkitan dilaporkan di wilayah terbabit. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved