JOHOR - Polis menahan seorang lagi individu menjadikan jumlah terkini tiga orang bagi membantu siasatan insiden kekecohan pada majlis pertemuan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor di Ulu Tiram, Johor Bahru malam kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, seorang lagi ditahan menjadikan jumlah terkini tiga orang bantu siasatan insiden berkenaan.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi laman Facebook berkata, satu laporan polis telah dibuat berhubung tindakan sekumpulan lelaki yang didakwa dengan sengaja mencetuskan kekacauan di program Rapat Umum Armada Johor itu.
Beliau mendakwa dirinya bersama beberapa pimpinan Bersatu Johor diserang sekumpulan individu ketika menghadiri perjumpaan di Savanah Hill Resort, Ulu Tiram.
ARTIKEL BERKAITAN: Dikepung 'gengster', Syed Saddiq terpaksa lari panjat pagar
Polis tubuh pasukan khas siasat kekecohan program Syed Saddiq
Serang program Syed Saddiq: Polis sahkan tahan dua individu
AKAN MENYUSUL

