Rokok seludup bernilai RM2.492 juta dirampas

24 Oct 2019 • 6:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) menggagalkan sindiket penyeludupan rokok dengan rampasan dan sitaan melebihi RM2.492 juta ketika operasi di Sepang semalam.

Pengarahnya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bertindak atas maklumat, Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK) JKDNKA Bukit Aman memberkas empat lelaki termasuk seorang warga Bangladesh berusia antara 23 hingga 41 tahun.

“Kita turut merampas 15,200 karton rokok putih pelbagai jenama, turut dirampas sebuah lori seberat lima tan jenis Nissan dan sebuah kereta jenis Perodua Alza. Kesemua nilai rampasan dianggarkan bernilai RM2,633,600,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Menurutnya, semua suspek direman selama tujuh hari sehingga 30 Oktober ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved