xAI Dikatakan Membelanjakan Sekitar $1 Bilion Setiap Bulan

TechnologyBusiness & Finance
3 Feb 2026 • 10:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

xAI merupakan firma kecerdasan buatan milik Elon Musk, yang telah diambil-alih oleh SpaceX pada awal pagi ini. Selari pengambil-alihan berkenaan, kini ia turut dilaporkan yang mana xAI membelanjakan sekitar $1 bilion setiap bulan dalam beroperasi.

image is not available

Perkhidmatan Grok yang disediakan oleh xAI dilihat memakan belanja operasi yang sangat besar. Perkhidmatan chatbot berasaskan kecerdasan buatan berkenaan ditawarkan dalam bentuk aplikasi khusus, selain turut diintegrasikan pada X (Twitter) dan juga Telegram.

Selain kos untuk menjawab pelbagai pertanyaan, ia turut memakan belanja tinggi dalam menjana gambar dan video melalui Grok. Disamping itu, xAI turut perlu melatih pelbagai model baharu yang turut memakan kos yang tinggi.

Dengan pengambil-alihan oleh SpaceX, ia dilihat kos operasinya dapat ditampung bersama, selain turut boleh menggunakan sumber SpaceX dalam terus memperkembangkan xAI. SpaceX sedia menjana pendapatan melalui pelancaran roket ke angkasa, selain turut menyediakan perkhidmatan berasaskan satelit yang mempunyai sejumlah pengguna, dan berkembang setiap hari.