xAI Menyaman OpenAI – Mendakwa OpenAI Mencuri Rahsia Perniagaan

TechnologyBusiness & Finance
29 Sep 2025 • 6:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

xAI milik Elon Musk kini memfailkan saman ke atas pesaing mereka, OpenAI, mendakwa pihak OpenAI telah mencuri rahsia perniagaan dalam usaha mendapatkan kelebihan dalam persaingan teknologi kecerdasan buatan.

image is not available

xAI pada hari ini menawarkan chatbot dinamakan Grok melalui X, Telegram dan juga aplikasi khusus. Grok boelh menjawab pelbagai pertanyaan, membantu dalam pengaturcaraan, dan turut membantu dalam menjana gambar serta video. Ia adalah lebih kurang sama seperti yang ditawarkan oleh OpenAI.

Melalui saman yang difailkan, ia dikatakan OpenAI telah menggunakan kaedah yang meragukan dalam mengambil pekerja xAI, sekaligus mendapatkan akses kepada rahsia perniagaan melibatkan Grok.

Pihak OpenAI menindakkan dakwaan berkenaan, dan mengatakan ini adalah gangguan berterusan Elon Musk terhadap syarikat mereka. Sebelum ini, xAI turut telah memfailkan saman ke atas Apple dan juga OpenAI, mengatakan kedua-duanya mengekang persaingan dalam arena kecerdasan buatan.

View Original Article