xAI Meraih Suntikan Dana Berjumlah $20 Bilion – Kini Dalam Fasa Melatih Model Grok 5

TechnologyBusiness & Finance
7 Jan 2026 • 4:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

xAI, firma memfokuskan kecerdasan buatan milik Elon Musk, yang turut memiliki perkhidmatan sosial X, kini mengumumkan telah meraih suntikan dana baharu berjumlah $20 bilion. Sejumlah pihak menyertai pelaburan kali ini, termasuk Qatar Investment Authority, NVIDIA dan juga Cisco Investments.

image is not available

xAI mengatakan suntikan dana baharu ini akan memacu pembangunan infrastruktur, dan pada masa yang sama membolehkan mereka membangunkan produk AI yang boleh mencapai berbilion pengguna.

Pada hari ini, xAI menawarkan chatbot dinamakan Grok melalui aplikasi berasingan, serta diintegrasikan melalui platform X. Ia dikatakan mencapai sekitar 600 juta pengguna aktif bulanan.

Suntikan dana baharu ini hadir ketika X menghadapi masalah melalui integrasi penyunting gambar AI, yang mana disalah guna ramai dalam hadir dengan gambar-gambar tidak senonoh. Buat masa ini, SKMM masih belum mengambil tindakan terhadap X berkenaan hal ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved