xAI Milik Elon Musk Meraih Suntikan Dana Pelaburan Berjumlah $6 bilion

TechnologyDigital
28 May 2024 • 12:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

xAI merupakan syarikat memfokuskan kecerdasan buatan yang dimiliki oleh Elon Musk. Produknya juga diintegrasikan bersama media sosial X, dan salah satu penawaran yang disediakan adalah sebuah chatbot berasaskan kecerdasan buatan dan dikuasakan data terkini melalui X, dinamakan Grok.

Terbaru, ia diumumkan xAI telah meraih suntikan dana pelaburan berjumlah $6 bilion daripada sejumlah pihak, termasuk Sequoia Capital, Prince Alwaleed Bin Talal and Kingdom Holding, dan beberapa pihak yang lain.

Elon Musk turut mengatakan nilai syarikat xAI kini adalah $18 bilion – menjadikan ia antara syarikat memfokuskan kecerdasan buatan yang bernilai tinggi.

Selari dengan pelaburan ini juga, xAI mengumumkan akan berkongsi berkenaan sejumlah perkembangan baharu dan kemaskini produk dalam beberapa bulan lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved