xAI Umum Grok-1.5V Dengan Keupayaan Memproses Informasi Visual

TechnologyDigital
14 Apr 2024 • 1:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

xAI merupakan syarikat memfokuskan kecerdasan buatan yang dimiliki oleh Elon Musk. Buat masa ini, xAI sedia menawarkan chatbot mereka tersendiri dinamakan Grok, dan telah pun ditawarkan kepada para pelanggan X Premium.

Melaluinya, sehingga kini ia sekadar menawarkan kebolehan input dan maklumbalas berasaskan kepada teks sahaja. Namun, melalui kemaskini model Grok akan datang, ia bakal menawarkan sokongan untuk memproses informasi visual.

Dengan langkah ini, pengguna boleh berkongsi imej atau sesuatu visual – tidak kira carta, lakaran dan sebagainya, dan seterusnya meminta Grok untuk memprosesnya, sama ada menerangkan, atau turut memilih ia untuk menulis cerita berkaitan, ataupun menulis kod berkaitan dengan sesuatu visual.

Buat masa ini, penawaran Grok-1.5V ini terhad kepada sejumlah penguji awal sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan dibuka kepada umum.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved