XAU/USD Kembali Sentuh $4,100, Konflik Perang Meletus Semula

WorldBusiness & Finance
8 Jul 2026 • 9:59 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

XAU/USD Kembali Sentuh $4,100, Konflik Perang Meletus Semula

Harga emas kembali menghampiri paras $4,100 apabila mengalami rentak kejatuhannya sejak minggu dibuka susulan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati susulan peningkatan semula ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Pada masa sama, pasaran turut menantikan pengumuman minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) yang dijadualkan dikeluarkan kemudian.

Tepat jam 9.30 pagi, harga emas didagangkan pada paras $4,100 iaitu susut 0.16% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.

Tekanan terhadap sentimen pasaran meningkat selepas Amerika Syarikat mengumumkan tindakan balas terhadap Iran susulan dakwaan serangan ke atas tiga kapal tangki minyak di sekitar Selat Hormuz.

Menurut Pemerintah Pusat AS (CENTCOM), operasi ketenteraan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas kapal komersial yang melalui laluan perkapalan antarabangsa tersebut.

Perkembangan itu mencetuskan kebimbangan baharu terhadap kestabilan bekalan tenaga global walaupun Washington dan Tehran sebelum ini mencapai perjanjian damai sementara yang membuka semula Selat Hormuz.

Risiko gangguan bekalan minyak berpotensi meningkatkan tekanan inflasi, sekali gus memberi cabaran kepada prestasi emas.

Walau bagaimanapun, penurunan harga emas dijangka kekal terhad selepas data Non-Farm Payroll (NFP) Amerika Syarikat bagi Jun mencatat bacaan lebih lemah daripada jangkaan.

Ekonomi AS hanya menambah 57,000 pekerjaan berbanding jangkaan pasaran sebanyak 110,000, sekali gus mengukuhkan jangkaan bahawa Fed mungkin mengambil pendekatan lebih berhati-hati terhadap dasar kadar faedah pada masa hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved