
Harga emas didagangkan sekitar $4,160 setiap auns pada 9 pagi Khamis, stabil sejak pembukaan sesi Asia selepas tekanan jualan dalam sesi sebelumnya.
Pergerakan emas masih dipengaruhi oleh hasil bon Perbendaharaan AS yang kekal tinggi. Hasil bon 10 tahun berada sekitar 5.298%, manakala hasil 30 tahun sekitar 5.642%. Pada masa sama, kenaikan harga minyak susulan rundingan AS-Iran yang terhenti turut menambah kebimbangan terhadap tekanan inflasi.
PCE Lebih Rendah Daripada Jangkaan
Data PCE AS yang diterbitkan malam tadi menunjukkan tekanan inflasi lebih rendah daripada jangkaan. PCE meningkat 3.4% secara tahunan pada Ogos, berbanding jangkaan 3.7%, manakala Core PCE meningkat 3.0%, lebih rendah daripada jangkaan 3.3%. Bacaan bulanan Core PCE pula berada pada 0.2%, berbanding jangkaan 0.3%.
Bacaan tersebut mengurangkan jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar Fed pada Oktober. Bagaimanapun, inflasi masih berada di atas sasaran 2% Fed dan perbelanjaan pengguna AS meningkat 0.9% pada Ogos, menunjukkan permintaan domestik masih kukuh.
Dari sudut emas, PCE yang lebih lembut sepatutnya memberi sedikit sokongan kepada XAU/USD melalui tekanan yang lebih rendah terhadap USD dan jangkaan kadar faedah. Namun, hasil bon yang tinggi serta harga minyak yang meningkat masih menjadi faktor yang mengehadkan kenaikan emas.
Intraday Outlook
[chart pair=”xauusd” period=”D1″]
Perhatian seterusnya beralih kepada data pekerjaan AS September yang dijadualkan keluar pada Jumaat. Data tersebut akan menjadi catalyst penting selepas bacaan PCE mengurangkan jangkaan kenaikan kadar Fed pada Oktober.
Selagi XAU/USD mampu bertahan di sekitar $4,150, harga masih mempunyai ruang untuk menguji semula kawasan $4,200. Sebaliknya, jika tekanan jualan kembali muncul dan harga menembusi $4,150, kawasan $4,100 menjadi paras penting untuk diperhatikan.
Buat masa ini, emas masih cuba memulihkan kerugian, tetapi hala tuju seterusnya banyak bergantung kepada USD, hasil bon AS dan data pekerjaan.






