Pada bulan Mac yang lalu, model kereta terbang pertama negara diperlihatkan ketika acara LIMA 2019. Kenderaan yang dibangunkan oleh Aerodyne ini menjadi buat mulut ramai kerana merealisasikan impian yang selama ini hanya dilihat di dalam filem fiksyen sains. Pada asalnya prototaip kereta terbang pertama negara akan melakukan penerbangan sulung pada bulan ini. Ia nampaknya akan ditangguh ke penghujung 2019 pula.

Kami amat menantikan kemunculan kereta terbang negara kerana ingin melihat kemampuan syarikat tempatan. Terdapat banyak kenderaan terbang yang telah dibangunkan sejak lima tahun kebelakangan ini. Dengan penggunaan teknologi ini, masalah kesesakan lalulintas diharapkan dapat diselesaikan.
