Xbox Akan Mula Menjual Permainan Video Melalui Aplikasi Android Mereka

TechnologyDigital
11 Oct 2024 • 11:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google telah tewas dengan Epic Games, di mana mereka kini perlu Play Store kepada pihak ketiga untuk membenarkan gedung aplikasi lain ditawarkan serta tidak mewajibkan pengguna menggunakan Google Play Billing untuk sebarang pembayaran. Terbaru, Microsoft turut ingin mengambil kesempatan atas perkara ini.

image is not available

Microsoft akan menjual permainan video Xbox melalui aplikasi Xbox di Android. Bukan itu sahaja, setiap permainan ini turut boleh dimainkan terus pada peranti Android melalui Xbox Cloud Gaming. Ini bermakna, permainan PC dan konsol Xbox boleh dimainkan melalui perkhidmatan penstriman. Sedikit aneh kenapa aplikasi Xbox masih tidak menjual permainan video sedangkan aplikasi Steam dan PlayStation boleh.

Apa-apa pun, Microsoft masih tiada sebarang informasi lanjut mengenai aplikasi Xbox serba baharu ini. Sokongan belian permainan dan terus dimainkan pada peranti Android ini turut akan terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat.