Pada tahun 2020, semakin banyak negara akan mempunyai rangkaian 5G. Bagi memacu perkembangan teknologi selular generasi terkini ini, Qualcomm mengumumkan modem 5G ketiga mereka iaitu Snapdragon X60. Modem yang menyokong rangkai 5G Sub 6 dan mmMave ini mampu memberikan kemampuan muat turun mencecah 7.5 Gbps dan muat naik mencecah 3 Gbps.

Qualcomm akan menawarkan sampel awal Snapdragon X60 kepada pelanggan pada suku pertama 2020 dengan peranti pertama menggunakan modem ini dipasarkan pada awal 2021.
