xEV Pun Semakin Laris Di Malaysia

LocalCars
21 Jan 2025 • 6:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selain laporan tahunan jualan kenderaan, Pusat Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan jualan kenderaan elektrik (xEV) dilihat turut melonjak pada tahun lepas.

Ini kerana segmen jualan EV menyumbang 5.6 peratus kepada TIV dimana jualannya melonjak 19 peratus kepada 45,562 unit tahun lalu, daripada 38,214 unit pada 2023.

Apa yang mengejutkan ialah jumlah itu daripada 14,766 unit Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) manakala 30,796 unit membabitkan kenderaan hibrid.

Susulan itu, MAA sebenarnya tidak menafikan bahawa, sebahagian besarnya jualan itu sebenarnya berpunca daripada insentif cukai kerajaan dan kemasukan model baharu, terutamanya daripada pengeluar China.

Prestasi kukuh BEV juga dikatakan ada kaitan dengan pengecualian penuh ke atas duti import dan eksais untuk EV yang diimport sepenuhnya (CBU).

image is not available

Bagaimanapun, insentif ini akan berakhir pada tahun 2025, sekali gus mewujudkan ketidakpastian tentang trajektori pasaran.

Sehubungan itu, MAA ada menekankan kepentingan melanjutkan insentif ini sehingga 2030 bagi memenuhi sasaran kerajaan iaitu 20% penggunaan EV.

Di sebalik perkembangan ini, MAA turut menekankan kekurangan infrastruktur pengecasan EV terutamanya di kawasan kurang membangun. Masalah ini akan menyebabkan pengguna menjadi kurang yakin untuk beralih kepada EV disebabkan akses stesen pengesan stesen EV terhad.

Model pemasangan tempatan (CKD) memainkan peranan penting dalam menjadikan xEV lebih mudah diakses.

image is not available

Pada masa ini, pasaran sangat bergantung pada model yang diimport, yang mengehadkan daya saing kos.

Menurut MAA, kenderaan hibrid kekal sebagai komponen penting dalam usaha elektrifikasi Malaysia.

Bahagian pasaran mereka yang lebih besar menunjukkan keberkesanan mereka dalam merapatkan jurang antara kenderaan ICE dan pilihan elektrik sepenuhnya (BEV).

image is not available

MAA juga menyokong program insentif hibrid yang tersusun dan mampan untuk mengelakkan perangkap inisiatif hibrid yang lalu, yang berakhir pada 2014 yang membawa kepada genangan jualan hibrid.