Xiaomi 12S Ultra Dilengkapi Cip ISP Surge C2 Yang Tidak Diaktifkan

TechnologyDigital
1 Aug 2022 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Video membongkar Xiaomi 12S Ultra telah diterbitkan di China dan menarik sekali ia mendedahkan peranti mercu dengan teknologi Leica ini sebenarnya dilengkapi cip ISP Surge C2 buatan Xiaomi. Cip ini adalah cip kemas kini untuk cip ISP Surge C1 yang digunakan pada Xiaomi Mi MIX Fold untuk meningkatkan kemampuan fotografi.

image is not available

Tidak diketahui mengapa cip Surge C2 diberikan kepada 12S Ultra tetapi ia langsung tidak diaktifkan. Mungkin di masa hadapan Xiaomi akan memberikan kemas kini untuk menggunakannya bagi mengurangkan beban pemproses imej dari Snapdragon 8+ Gen 1.

Kualiti gambar kamera 12S Ultra sudahpun menerima pujian dari pengguna yang sudah memilikinya. Jika Surge C2 diaktifkan kelak, mungkin ia boleh dipertingkatkan lagi. Bagi pengguna di Malaysia mereka tidak perlu memikirkannya kerana telah disahkan Xiaomi tidak akan menjual 12S Ultra ke pasaran global.