Xiaomi 13 katanya ada badan macan iPhone, pelancaran 1 Disember 2022 ini

Digital
29 Nov 2022 • 7:58 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Xiaomi dilapor bakal mengadakan satu majlis pelancaran produk pada 1 Disember 2022 ini. Produk yang katanya menemui anda adalah siri Xiaomi 13 yang diperkasa sistem operasi MIUI 14 terbaharu. Menghampiri hari pelancaran, ada beberapa info telah mula menular dalam Internet tentang produk yang akan tiba ini.

image is not available

Misalnya CEO Xiaomi, Lei Jun berkongsi sendiri telefon yang akan beliau sajikan kepada peminat kelak melalui laman Weibo miliknya.

image is not available

Daripada gambar yang dikongsikan, ia adalah bahagian depan sebuah telefon dengan skrin berbingkai nipis dan sama tebal hampir di setiap sidut.

image is not available

Biasanya, ketebalan bingkai di bahagian dagu telefon adalah nyata lebih besar berbanding dahi disebabkan ada beberapa komponen perlu disumbat, namun untuk telefon baharu ini ia cuma 0.2mm beza.

Dapat juga kita lihat yang telefon ini memiliki cakupan paparan 93.3% daripada keseluruhan ruang hadapan telefon. Lagi maklumat yang telah dikongsikan adalah tentang kekalisan debu/air pada paras IP68.

image is not available

Itu sajalah maklumat rasmi yang kita ada tapi ia tidak menghentikan spekulasi daripada membuak-buak, antara komponen yang mungkin kita terima pada Xiaomi 13 adalah seperti:

  • Panel paparan 6.28
  • SoC Snapdragon 8 Gen 2
  • Kombinasi kamera 50MP, 13MP, 5MP
  • Bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 67W

image is not available

Satu lagi perkara menarik yang tular adalah gambar render tak rasmi Xiaomi 13. Boleh kita simpulkan yang badan siri kali ini adalah berbentuk kuboid bersisi tajam sangat mirip sebuah iPhone.

Buat anda yang ingin mengikut rapat pelancaran telefon ini, ia akan berlangsung pada 1 Disember 2022 pada jam 7 petang waktu Malaysia.

Sumber: GizmoChina

Bacaan berkaitan