Xiaomi 13 Lite Tertiris Dengan Cip Snapdragon 7 Gen 1

TechnologyDigital
11 Jan 2023 • 11:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Siri Xiaomi 13 telah dilancarkan di China pada Disember dengan sejumlah hal yang menarik. Ini termasuklah penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 2 sebagai tunjang utama, di samping sistem pengimejan lebih baik dengan sensor bersaiz 1-inci keluaran Sony IMX989.

image is not available

Terbaharu muncul desas-desus yang mendakwa kewujudan sebuah lagi model lain di bawah siri yang sama. Dikenali sebagai Xioami 13 Lite, ia ditemui dengan kod nama Ziyi menerusi laman Google Play Console. Penyenaraian turut mendedahkan beberapa spesifikasi teknikal pada peranti. Misalnya, cip Snapdragon 7 Gen 1 dengan memori 8GB RAM mungkin digunakan sebagai tunjang utama. Turut disertakan adalah skrin beresolusi FHD+ dengan ketumpatan piksel sebanyak 440 ppi. Peranti juga menyokong Android 12, sekaligus bermakna ia juga seharusnya menjalankan MIUI 13 bersama-sama denganya.

image is not available
Xiaomi 13 Dan 13 Pro

Beralih kepada rekaan pula, ia menunjukkan persamaan yang besar dengan sebuah Xiaomi Civi 1S sebelum ini. Tetapi kod model Ziyi yang digunakan pula merujuk kepada Xiaomi Civi 2 sebelum ini. Tambahan pula, Civi 2 turut sama dijana dengan cip Snapdragon 7 Gen 1. Justeru, adakah Xiaomi 13 Lite hanyalah sebuah peranti yang dijenama semula dalam rekaan tubuh yang berbeza? Nantikan.