Siri Xiaomi 12 merupakan antara peranti pintar terawal yang dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Gen 1. Ia bukan sahaja memiliki perkakasan dalaman yang mantap, bahkan reka bentuknya turut dipuji kerana cukup baik dan mudah dikendali untuk pelbagai situasi.

Mengulas lanjut, model kemaskini untuk siri berkenaan telah ditemui tertiris menerusi satu ciapan di Twitter. Dikenali sebagai Xiaomi 13 Pro, ia kelak dikhabarkan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 sebagai tunjang utama. Turut disertakan adalah pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB.
Xiaomi 13 Pro
– 6.7" E6 2K LTPO
– Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2
– 8/12GB RAM
– 128/256/512GB storage
– Rear Cam: 50MP (1" IMX989) + 50MP (UW) + 50MP (Tele)
– Front Cam: 32MP
– Android 13, MIUI 14*
– 4,800mAh battery, 120W fast charging
– Surge C2, P2 chip
– Leica color science
Kamera utama adalah 50MP (IMX989) dengan sensor bersaiz 1-inci, di samping gabungan dua lagi kamera 50MP untuk kebolehan telefoto dan ultra-lebar. Sementara itu, kamera swafoto pula sebesar 32MP. Dalam pada itu, Xiaomi juga dikatakan turut bekerjasama dengan Leica untuk kebolehan kamera pada telefon pintar ini.
Kapasiti bateri 4,800mAh turut akan digunakan dengan sokongan sistem pengecasan berwayar 120W dan nirwayar dilengkapi cip Surge C2 dan P2. Tidak ketinggalan, telefon ini juga akan mempunyai skrin utama sebesar 6.7-inci LTPO AMOLED dengan kadar segar semula sekurang-kurangnya setinggi 120Hz.

Buat masa ini, tiada tarikh pelancaran khusus yang didedahkan. Tetapi memandangkan terdapat desus-desus mengenai pelancaran Snapdragon 8 Gen 2 yang mungkin diadakan pada November depan. Boleh jadi, ada kebarangkalian telefon pintar ini juga akan diumumkan tidak lama selepas itu.
