Di pasaran Malaysia sekarang sudah ada tiga peranti mercu memfokuskan fotografi bersaing antara satu sama lain, iaitu Vivo X90 Pro dengan Zeiss, Xiaomi 13 Pro dengan Leica dan OnePlus 11 dengan Hasselblad. Terdapat dua lagi peranti mercu yang lebih berkuasa akan tiba iaitu Xiaomi 13 Ultra dengan Zeiss dan juga Oppo Find X6 Pro dengan Hasselblad.
Xiaomi 13 Ultra == May 2023 https://t.co/rzoxVzBy28
Oppo Find X6 Pro sebelum ini dikhabarkan tidak akan memasuki pasaran global dan mungkin terhad di China sahaja. Ini memberi peluang kepada Xiaomi 13 Ultra yang dikhabarkan akan tiba pada bulan Mei ini. Bukan itu sahaja, peranti ini turut dikatakan akan menembusi pasaran global.

Xiaomi 13 Ultra dijangka akan menggunakan konfigurasi kamera lebih kurang sama dengan 12S Ultra sebelum ini. Di mana modul kamera bulat seakan DSLR di belakang dengan sensor telefoto periskop dan sensor 1″ serta penjenamaan Leica akan jelas kelihatan.
Buat masa ini tidak pasti lagi kesahihan berita ini, kerana sebelum ini Xiaomi 13 Ultra dikhabarkan akan dilancarkan ketika acara MWC Barcelona 2023 – tetapi tidak berlaku.

