Xiaomi 13 Ultra: Semua perkara yang perlu anda tahu tentangnya

Digital
22 Jun 2023 • 12:21 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Telefon termahal Xiaomi yang baru, Xiaomi 13 Ultra dah selamat dilancar di Malaysia. Ia membawa kerjasama dengan pakar kamera, Leica ke tahap lebih baru. Apa tidaknya, ia dipasang lensa LEICA VARIO-SUMMICRON, dengan 4 kamera 50MP dan salah satunya menggunakan sensor Sony IMX989 1-inci.

Menerusi video di bawah, saya nak bagitau semua perkara yang anda perlu tahu tentang Xiaomi 13 Ultra di Malaysia.

Spesifikasi Xiaomi 13 Ultra

  • CPU: Snapdragon 8 Gen 2 4nm
  • RAM: LPDDR5X 12GB
  • Storan: UFS 4.0 512GB
  • Skrin: AMOLED 6.73-inci WQHD, 120Hz, 2,600nits
  • Kaca: Corning Gorilla Glass Victus
  • Kamera belakang LEICA VARIO-SUMMICRON
    • Kamera utama 50MP dwi-apertur (F1.9/4.0) IMX989 1″ HyperOIS 23mm
    • Kamera ultralebar 50MP F1.8 IMX858 12mm
    • Kamera telefoto 50MP F1.8 IMX858 OIS 75mm
    • Kamera super-telefoto 50MP F3.0 IMX858 OIS 120mm
  • Kamera depan 32MP F2.0
  • Bateri: 5,000mAh
  • Pengecas: 90W USB-C, 50W Wireless
  • OS: MIUI 14, Android 13
  • Lain-lain: Kalis air IP68, Speaker Stereo

Harga dan Promosi Tempahan Awal

Harga rasmi untuk XIaomi 13 Ultra di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Xiaomi 13 Ultra (RAM 12GB + Storan 512GB) RM5,199

image is not available

Tempahan awal dibuka antara 23-29 Jun, di kedai fizikal Xiaomi Store seluruh Malaysia dan akan diberi hadiah percuma iaitu:

  • Xiaomi Instant Photo Printer 1S (bernilai RM619)
  • 6 bulan Google One 100GB (bernilai RM53.40)
  • 1+1 jaminan lanjutan (bernilai RM499)

Bacaan Berkaitan