Xiaomi 14 Dan 14 Ultra Dilancarkan Ke Pasaran Global Dengan Lensa Leica

TechnologyDigital
25 Feb 2024 • 11:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Xiaomi 14 telah pun dilancarkan di China dengan tiga model. Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Pro pada bulan Oktober tahun lepas dan Xiaomi 14 Ultra beberapa hari lepas. Hari ini di Plaça de Willy Brandt, Barcelona Xiaomi mengumumkan dua peranti akan tiba untuk pasaran global termasuk di Malaysia.

Xiaomi telah mengesahkan laporan kami sebelum ini, di mana hanya Xiaomi 14 Pro tidak akan ditawarkan. Sebagai ganti, mereka yang kelak akan membeli Xiaomi 14 Ultra akan menerima kit fotografi, iaitu modul pengatup kamera dengan kawalan manual serta mempunyai bateri tambahan terbina.

Xiaomi 14

Skrin6.36″ AMOLED, 2670 x 1200 piksel,
LTPO + AdaptiveSync Pro 1-120Hz,
Panel tersuai Xiaomi C8 display panel
3000-nit, Pro HDR, Dolby Vision
PemprosesSnapdragon 8 Gen 3 (4nm)
Cip1x 3.3 GHz Cortex-X4
3x 3.2 GHz Cortex-A720
2x 3.0 GHz Cortex-A720
2x 2.3 GHz Cortex-A520
Cip GrafikAdreno 750
RAM12 GB LPDDR5X
Muatan Dalaman256/512 GB UFS 4.0
Kamera Utama50MP f/1.6, Light Fusion 900, OIS (Sudut Lebar)
50/32 MP, f/2.0 (Telefoto)
50MP, f/2.2, Makro 10sm (Sudut Ultra Lebar)
LEICA VARIO-SUMMILUX
Leica Authentic & Leica Vibrant, Master-lens system
Xiaomi ProFocus, Portrait Night, video 8K,
Dolby Vision 4K60fps, Ultra Night Video
Kamera Depan32MP, f/2.0, HDR
Bateri4610mAh
90W HyperCharge berwayar
50W HyperCharge nirwayar
SIM/TelefoniDwi SIM Nano /5G
AudioStereo, Dolby Atmos
WiFi, NFC, BluetoothWiFi 7, Ya, 5.4
Infra MerahYa, pada bonggol kamera
Kalis AirIP68
Sistem ImbasanCap jari bawah skrin
Harga JualanEUR (12/256 GB)
EUR (12/512 GB)

image is not available

Xiaomi 14 adalah sebuah peranti mercu kompak, nipis dan menggunakan rekaan rata di sekeliling termasuk skrin. Xiaomi turut kali pertama menggunakan sensor Light Fusion 900 untuk membantu meningkatkan lagi kadar warna dinamik untuk HDR. Skrin turut menyokong LTPO 1-120 Hz, kecerahan mencapai 3000-nit dan boleh memaparkan kandungan Dolby Vision.

image is not available

Untuk kamera, Xiaomi menggunakan lensa Leica Summilux baharu yang dibangunkan melalui Xiaomi x Leica Optical Insitute. Ia menjamin kadar pengatup yang lebih pantas, kesan bokeh yang natural serta pencahayaan baik untuk suasana kurang cahaya. Sensor telefoto menggunakan teknologi lensa 75mm terapung yang membantu merakam gambar potret dan makro 10sm. Profil Leica Authentic dan Leica Vibrant kekal ditawarkan memberi pengguna kebebasan memilih mengikut citarasa sendiri.

image is not available

Tahun ini Xiaomi turut menekankan rakaman video. Xiaomi 14 mampu merakam video Dolby Vision beresolusi 4K 60FPS, mod filem dengan nisbah paparan 2.39:1, kesan gerak kabur yang lebih asli, menyertakan peraturan pengatup 180° seperti dalam industri filem dan juga 4x mikrofon untuk audio imersif video vlog.

Xiaomi 14 Ultra

Skrin6.73″ 2K AMOLED, 3200 x 1440 piksel,
LTPO + AdaptiveSync Pro 1-120Hz,
3000-nit, Pro HDR, Dolby Vision
Xiaomi Dragon Crystal Glass
PemprosesSnapdragon 8 Gen 3 (4nm)
Cip1x 3.3 GHz Cortex-X4
3x 3.2 GHz Cortex-A720
2x 3.0 GHz Cortex-A720
2x 2.3 GHz Cortex-A520
Cip GrafikAdreno 750
RAM12/16 GB LPDDR5X, 8533 Mbps
Muatan Dalaman256/512/1000 GB UFS 4.0
USB 3.2 Gen2, 10Gbps
Kamera Utama50MP | Sony LYT-900 | 1″, f/1.63 – f/1.4, HyperOIS (Sudut Lebar)
50MP, f/1.8, Makro 10sm, OIS (Lensa Telefoto Terapung Leica)
50MP, f/2.5, Makro 30sm, OIS (Periskop)
50MP, f/1.8, Makro 5sm, Autofokus (Sudut Ultra Lebar)

LEICA VARIO-SUMMILUX
Leica Native Dual Quality, Xiaomi Log,
Xiaomi ProFocus, Portrait Night, video 8K,
Dolby Vision 4K60fps, Ultra Night Video
Kamera Depan32MP, f/2.0, Dolby Vision
Bateri5300mAh
90W HyperCharge berwayar
80W HyperCharge nirwayar
SIM/TelefoniDwi SIM Nano /5G
WiFi, NFC, BluetoothWiFi 7, Ya, 5.4
Infra MerahYa, pada bonggol kamera
Kalis AirIP68
Sistem ImbasanCap jari bawah skrin
Harga JualanEUR (12/256 GB)
EUR (16/512 GB)
EUR (16/1000 GB)

image is not available

Sama seperti Xiomi 14, 14 Ultra turut memfokuskan rakaman video dengan sistem kuad-kamera 50MP yang digunakan. Xiaomi meneruskan penggunaan sensor 1-inci, kali ini Sony LYT-900 yang menyokong teknologi Dual Native ISO Fusion Max. Ia boleh memastikan rakaman video tersuai mengikut situasi pencahayaan yang berubah. Sokongan mod potret ditambah baik melalui Master Portrait dengan lensa telefoto terapung Leica yang mampu menangkap lebih 44% cahaya.

image is not available

Rakaman video pada 14 Ultra dibangunkan khusus untuk para profesional dalam industri perfileman. Mod MasterCinema, boleh merakam video HDR berformat 10-bit Rec.2020. Mod pengarah yang terbina pula memberi pengguna kawalan Log serta menyambungkan peranti ke skrin HDR. Menjadikan pengalaman rakaman video lebih profesional adalah Xiaomi 14 Ultra Photography Kit.

image is not available

Jualan di Malaysia masih belum disahkan. Tetapi kit ini adalah sebuah modul dengan pengatup terbina, roda kawalan manual, butang rakaman boleh diubahsuai, mempunyai penyesuai penuras lensa 67mm dan juga bateri tambahan 1500mAh. Ia menggunakan sambungan USB-C.

image is not available

Skrin peranti turut menggunakan panel rekaan sendiri iaitu Xiaomi C8 yang menyokong resolusi WQHD+, LTPO 1-120 Hz, Dolby Vision dan kecerahan 3000-nit. Apa yang menarik dengan skrin Xiaomi 14 Ultra adalah ia menggunakan rekaan All Liquid Display iaitu teknologi di mana setiap bucu skrin melengkung, begitu juga di sisi di dalam bentuk yang rata. Peranti juga direka dengan sangat nipis dan pada masa yang sama selesa dipegang.


Kedua-dua peranti ini menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS berasaskan Android 14 serba baharu. Ia menggunakan konsep rekaan memfokuskan kepada manusia untuk ekosistem Human X Car X Home. Ciri AI generatif turut disediakan, aplikasi galeri kini hadir dengan Google Photos terbina dan menyokong kemas kini perisian 4+5 tahun.

image is not available

Xiaomi 14 akan ditawarkan dengan pilihan warna Hitam, Putih atau Hijau pada harga bermula €999 (~RM5167). Xiaomi 14 Ultra pula hanya mempunyai warna hitam atau putih dengan harga bermula €1499 (~RM7754).