Xiaomi 14 Dengan HyperOS Akan Dilancarkan 26 Oktober Ini

TechnologyDigital
24 Oct 2023 • 1:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi bakal melancarkan siri Xiaomi 14 pada hujung bulan ini. Peranti ini dikatakan akan menggunakan lesan Leica Summilux baharu, dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, menggunakan rekaan rata sepenuhnya serta bakal memperkenalkan sistem kamera baharu.

Paling menarik adalah, buat pertama kali selepas 13 tahun Xiaomi akan menggunakan sistem operasi baharu iaitu HyperOS yang akan menggantikan MIUI. Laman Weibo rasmi Xiaomi semalam telah mengumumkan yang Xiaomi 14 dengan HyperOS akan dilancarkan pada 26 Oktober ini.

image is not available

Xiaomi 14 mungkin akan menjadi calon juara peranti fotografi tahun 2024 selepas siri Xiaomi 13 membuktikan kemampuan mereka pada tahun ini. Dengan HyperOS yang dikatakan lebih lancar dan dioptimasikan untuk peranti generasi baharu, Xiaomi dijangka membawakan pengalaman penggunaan yang lebih baik untuk pengguna. Sama-sama kita nantikan kemunculan peranti ini tidak lama lagi.