Xiaomi 17 Max Dengan Kamera Leica Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
13 May 2026 • 11:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi 17 Max Dengan Kamera Leica Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Kehadiran Xiaomi 17 Max mula diacah melalui imej promosi rasmi di Weibo. Peranti ini akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu biru, putih dan hitam. Antara ketiga-tiga, kemasan hitam nampak lebih menonjol dengan rekaan seakan karbon bersama motif bergaris di bahagian belakang.

Image from: Xiaomi 17 Max Dengan Kamera Leica Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Tiada pengesahan rasmi tetapi terdapat maklumat tular yang menyebut gabungan bahan premium seperti seramik atau kemasan ala gentian karbon mungkin digunakan untuk versi berkenaan. Turut kelihatan ialah bonggol kamera berbentuk empat segi dengan penjenamaan Leica yang sinonim dengan Xiaomi.

Penggunaan nama MAX itu sendiri sudah memberi gambaran bahawa peranti menekankan pengalaman mercu berskrin besar. Malah, wakil Xiaomi turut menegaskan bahawa model Max ialah versi “sepenuhnya dinaik taraf” berbanding Xiaomi 17 dan bukan sekadar telefon dengan skrin lebih besar.

Image from: Xiaomi 17 Max Dengan Kamera Leica Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Xiaomi 17 Max bakal hadir dengan paparan rata bersaiz 6.9 inci yang menggunakan reka bentuk mirip siri Xiaomi 15. Telefon juga dijangka hadir dengan bateri 8000mAh yang berpotensi menjadi kapasiti terbesar pernah ditawarkan pada telefon pintar Xiaomi. Sokongan pengecasan pula mungkin termasuk 100W berwayar dan 50W nirwayar.

Image from: Xiaomi 17 Max Dengan Kamera Leica Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Sistem kamera juga dijangka menerima peningkatan termasuk sensor utama 200MP Samsung ISOCELL HP-series yang digandingkan dengan kamera ultra-lebar 50MP dan telefoto periskop 50MP dengan zum optikal 3x. Tunjang utama pula boleh dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, memori berasaskan LPDDR5X serta storan dalaman UFS 4.1. Tiada tarikh pelancaran rasmi didedahkan buat masa ini.

View Original Article