Xiaomi Akan Bawa Masuk Tablet Terbaru Ke Pasaran Malaysia – Xiaomi Pad 6

TechnologyDigital
13 Jul 2023 • 3:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan mereka akan membawa masuk tablet generasi baharu mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Xiaomi Pad 6. Xiaomi menjadualkan 18 Julai 2023 ini untuk pengenalan tablet berkenaan di Malaysia.

Dibawah siri Xiaomi Pad 6, terdapat dua variasi model, iaitu versi biasa, dan juga Pro. Buat masa ini, tidak diketahui model manakah yang akan dibawa masuk – atau kedua-duanya.

image is not available

Tablet ini hadir dengan skrin 11-inci LCD 144Hz, dan menariknya turut hadir dengan sokongan stylus untuk memudahkan pengguna mencatatkan nota. Xiaomi mengatakan tablet ini ditawarkan dengan fokus terhadap produktiviti, dan bukan sekadar hiburan dan inforia semata-mata.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan tablet ini secara rasminya pada minggu hadapan, termasuk mengetahui lanjut berkenaan harga jualannya untuk pasaran tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved