Teknologi robot semakin maju dengan ia kini boleh berlari lebih pantas dalam acara marathon dan 100 meter berbanding manusia. Robot humanoid juga sudah mula digunakan di kilang untuk menggantikan manusia lengkap dengan kemampuan menukar bateri sendiri. Xiaomi kini memperlihatkan robot yang boleh mengecas EV apabila diperlukan.

Robot ini adalah dalam bentuk kotak dengan lengan pengecas terbina pada bahagian hujung. Apabila diperlukan, lengan ini akan keluar daripada kotak dan mengecas EV pemilik. Dalam demo yang diperlihatkan, robot boleh mengecas sendiri apabila mengesan kenderaan, mencabut pengecas apabila bateri sampai ke tahap yang dikehendaki dan turut diarah untuk mengecas kesemuanya menerusi aplikasi tetefon pintar.

Laporan CarNewsChina mengatakan Xiaomi akan melancarkan robot pengecas EV ini di China pada Q4 2026 dengan robot yang diperlihatkan sudah sedia sebagai produk komersial.

