Xiaomi Band 8 Pro telah diumumkan secara rasminya di China sebentar tadi. Ia menjadi variasi kemaskini untuk Xiaomi Band 8 yang diumumkan pada April lalu dengan penambahbaikan dan kemampuan lebih baik.

Antaranya seperti skrin kini lebih besar 1.74-inci berbanding 1.62-inci yang digunakan pada Band 8. Ini digabungkan lagi dengan pilihan tali yang juga boleh diubahsuai mengikut gaya pengguna, yang mana bukan sahaja mempunyai warna yang ceria. Malahan jenis juga berbeza yang merangkumi keluli, kulit dan silikon.
Pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan kecergasan standard yang merangkumi pemantauan kadar jantung, pola tidur, SpO2, tekanan harian dan lebih 150 mod sukan terbina turut disediakan. Naiktaraf turut dilakukan pada sensor terbina yang dikatakan mampu mengoptimumkan algoritma untuk bacaan lebih baik.

Turut disertakan adalah ciri NFC serta melepasi penarafan kalis air 5ATM. Bateri 289mAh yang disertakan pula boleh bertahan mencapai dua minggu secara keseluruhannya. Harga jualan Band 8 Pro bermula RMB399 (~RM253) untuk tali keluli/silikon dan RMB499 (~RM285) tali kulit.

