Xiaomi Book Pro 2022 Dan Band 7 Pro Turut Disahkan Bakal Dilancarkan Pada 4 Julai

TechnologyDigital
30 Jun 2022 • 4:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Acara pelancaran produk baharu Xiaomi pada 4 Julai hadapan tidak hanya memperlihatkan pengenalan untuk telefon pintar sahaja. Sebaliknya, rangkaian komputer riba dan peranti boleh pakai keluarannya turut dikemaskini dengan variasi baharu. Melaluinya, Xioami Book Pro 2022 dan Xiaomi Band 7 Pro bakal dilancarkan dengan penawaran yang ditambah-baik.

image is not available

Sebahagian ciri dan fungsi pada kedua-dua produk telah mula didedahkan. Di mana, Xiaomi Book Pro 2022 akan mempunyai rekaan yang sangat minimalis dan nipis. Melengkapinya adalah paparan OLED FHD dengan Dolby Vision yang diiklankan mampu menyajikan pengalaman cukup baik.

image is not available

Xiaomi Band 7 Pro pula akan mempunyai muka jam berbentuk segi empat dengan skrin berwarna. Tali pun sejenis silikon dengan kemasan berwarna putih. Bagaimanapun, kita boleh menjangkakan lebih banyak pilihan warna yang bakal disediakan kelak. Selain itu, kebolehan pemantauan kesihatan dan kecergasan lebih baik turut disokong olehnya.