Xiaomi Dan Samsung Kini Terajui Pasaran Malaysia Dengan Masing-Masing Mempunyai Pegangan 25%

TechnologyDigital
10 Nov 2022 • 7:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Mengikut pegangan pasaran terkini untuk suku ketiga 2022 yang dikeluarkan oleh Canalys, kini ia memperlihatkan Xiaomi kekal menerajui pasaran Malaysia di tangga kedua, dan bersama Samsung – masing-masing dengan pegangan sebanyak 25%.

image is not available

Pada tangga ketiga adalah Oppo, sementara Vivo pada tangga ke-4. Apple menduduki tangga ke-5 dengan pegangan pasaran sebanyak 6%.

Secara perbandingan tahunan pula, Vivo dan Apple memperlihatkan peningkatan, sementara Samsung memperlihatkan penurunan pegangan sebanyak 12%, dan Xiaomi penurunan sebanyak 6%.

Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan beberapa produk baharu untuk pasaran tempatan, termasuk telefon dengan kamera 200MP, iaitu Xiaomi 12T.