Xiaomi Desktop Speaker Pro Set Dijual Di Malaysia Pada Harga RM469

LocalDigital
3 Jul 2026 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi Desktop Speaker Pro Set Dijual Di Malaysia Pada Harga RM469

Xiaomi Desktop Speaker Pro Set ialah set pembesar suara meja kerja yang direka untuk memberikan pengalaman audio berkualiti tinggi.

Image from: Xiaomi Desktop Speaker Pro Set Dijual Di Malaysia Pada Harga RM469

Ia hadir dengan empat pemacu yang terdiri daripada dua pembesar suara utama 10W dan dua radiator pasif. Radiator pasif ini berfungsi sebagai komponen tambahan yang bantu menguatkan getaran udara di dalam pembesar suara lalu menghasilkan bunyi bass yang lebih seimbang tanpa menggunakan kuasa elektrik tambahan.

Image from: Xiaomi Desktop Speaker Pro Set Dijual Di Malaysia Pada Harga RM469

Selain daripada dua pembesar suara utama, Xiaomi Desktop Speaker Pro Set turut dilengkapi subwoofer nirwayar. Di dalamnya terdapat pemandu berukuran 96mm iaitu komponen yang bergerak untuk menghasilkan bunyi. Malah saiz yang besar ini turut membolehkan subwoofer menghasilkan bass yang lebih kuat berbanding pembesar suara biasa.

Image from: Xiaomi Desktop Speaker Pro Set Dijual Di Malaysia Pada Harga RM469

Reka bentuknya boleh dicondongkan pada sudut 53 darjah supaya bunyi terus menghala ke arah pendengar sekali gus meningkatkan kejelasan ketika digunakan di atas meja. Dari segi sambungan, ia menyokong Bluetooth 5.3, USB dan kabel AUX, menjadikannya serasi dengan telefon pintar, komputer riba serta pelbagai peranti lain.

Ia juga menawarkan lima mod EQ yang membolehkan pengguna menyesuaikan gaya bunyi mengikut keperluan sama ada bass lebih kuat, suara lebih jelas atau bunyi seimbang untuk menonton filem. Untuk menambah daya tarikan, ia turut dilengkapi dengan lampu RGB berwarna-warni yang mencipta suasana lebih menarik semasa digunakan.

Image from: Xiaomi Desktop Speaker Pro Set Dijual Di Malaysia Pada Harga RM469

Di Malaysia, Xiaomi Desktop Speaker Pro Set dijual pada harga RM469 dan boleh dibeli melalui pengedar sah Xiaomi Malaysia pada masa ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved