Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra diumum dengan sistem ampaian baharu dan jarak kembara 70km

Cars
27 Feb 2023 • 1:49 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Produk terakhir yang dilancarkan Xiaomi dalam majlis pelancaran mereka di MWC 2023 adalah sebuah skuter elektrik. Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra adalah versi lebih bertenaga kepada Electric Scooter 4 Pro yang telahpun dilancarkan tahun sudah.

image is not available

Makanya, ia menjadikan Electric Scooter 4 Ultra adalah elektrik skuter paling berkuasa pernah dihasilkan.

image is not available

Ciri paling menonjol pada iterasi kali ini adalah sistem ampaian depan dan belakang. Ia membolehkan penunggang melalui jalan yang lebih mencabar tanpa mengorbankan keselesaan.

image is not available

Motor yang menggerakkan skuter ini lebih berkuasa. Ia memundahkan 940W tenaga berbanding 700W pada edisi sebelum ini. Ia bermakna anda boleh menaiki laluan yang lebih curam, pada 25% berbanding 20% sebelum ini.

image is not available

Walaupun motor lebih berkuasa dikenakan pada kenderaan elektrik ini. Ia tidak bermakna kelajuan maksimumnya ditambah. Untuk tujuan keselamatan, ia dihadkan kepada 25km/j yang bermakna peningkatan tenaga bolehlah anda nikmati pada segi pecutan yang lebih tinggi.

image is not available

Tayar yang diguna pakai adalah sama. Xiaomi DuraGel adalah tayar skuter bersaiz 10" dengan teknologi penyembuhan kendiri apabila mengalami bocoran kecil.

image is not available

Jarak kembara yang dimiliki Electric Scooter 4 Ultra adalah 75km. Kapasiti baterinya tidaklah dapat dipastikan tapi ia pastinya lebih besar daripada 446Wh Scooter 4 Pro sebelum ini.

Tanda harga skuter elektrik ini adalah EUR999 (RM4,688).

Bacaan berkaitan