Xiaomi HyperOS 3 Dilancarkan Dengan Super Island dan Sokongan Ekosistem Apple

TechnologyDigital
28 Aug 2025 • 6:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi HyperOS 3 telah dilancarkan hari ini sebagai sistem operasi terkini daripada mereka. HyperOS 3 membawakan pelbagai ciri baharu seperti Super Island yang mirip dengan Dynamic Island di iOS. Tingkap mini Super Island boleh memaparkan maklumat pengecasan, tahap bateri fon telinga, aktiviti secara langsung, kawalan muzik dan banyak lagi. Dua aktiviti boleh dipaparkan oleh Super Island dengan satu dalam tingkap berbentuk bujur dan satu lagi dalam bulatan.

image is not available

Pemperibadian baharu pada skrin kunci juga diperkenalkan. Video sinematik boleh digunakan dengan menerusi maklumat 3D boleh menyorokkan widget seperti jam di belakang elemen dalam video. Bagi yang lebih gemarkan animasi, video sinematik boleh diubah menjadi gaya anime menggunakan kecerdasan buatan (AI).

image is not available

Pada aplikasi Gallery pula, antaramuka disusun semula dengan terdapat kategori khas untuk haiwan peliharaan. Sistem carian kini dioptimasi untuk carian lazim seperti kad perniagaan dan individu tertentu. Menurut Xiaomi, HyperOS 3 mengurangkan penggunaan bateri sebanyak 10% apabila memainkan video, mengurangkan masa pendam sehingga 21% dan mengurangkan penggunaan bateri dalam permainan mudah alih sehingga 9%.

image is not available

Pada jam tangan pula, HyperOS 3 boleh memancarkan data penjejakan kesihatan yang sedah dijejak ke dalam aplikasi kamera Xiaomi. Katakanlah anda sedang bersenam, degupan jantung, jarak perjalanan dan kandungan oksigen dalam darah boleh dipaparkan sebagai widget dalam video yang sedang dirakam. Ia turut boleh memaparkan degupan jantung pada sistem info hibur kereta elektrik(EV) Xiaomi.

image is not available

Pada TV, sokongan penstriman multi saluran boleh dilakukan serta kawalan waktu tontonan oleh kanak-kanak. Sistem screesaver juga mempunyai lebih banyak pilihan.

Sokongan ekosistem Apple juga ditambah. Menghantar fail, gambar, video dan kata laluan WiFi boleh dilakukan dengan menyentuh iPhone. Integrasi memaparkan telefon Xiaomi di dalam iPad juga diberikan dengan iPad juga serasi dengan ekosistem EV Xiaomi. Menggunakan hotspot dan Find My juga ditambah baik dengan peranti Xiaomi boleh dijejak menggunakan sistem Apple. Ini hanyalah sebahagian daripada ciri baharu HyperOS 3 yang diumumkan hari ini.

image is not available

Xiaomi mengumumkan HyperOS 3 versi Beta akan diberikan kepada peranti di bawah terlebih dahulu.

  • Xiaomi 15
  • Xiaomi 15 Pro
  • Xiaomi 15 Ultra
  • Xiaomi 15s Pro
  • Redmi K80 Pro
  • Redmi K80 Pro Extreme Edition
  • Redmi Pad 7 Pro
  • Redmu Pad 7S Pro 12.5

View Original Article