Xiaomi HyperOS 4 Diumumkan Dengan Elemen Kaca Lutsinar

TechnologyDigital
14 Aug 2026 • 11:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi HyperOS 4 Diumumkan Dengan Elemen Kaca Lutsinar

Xioami secara rasmi mengumumkan sistem operasi terkini HyperOS 4 yang berasaskan Android 17. Perbezaan paling ketara pada antaramuka ialah elemen kini seakan kaca lutsinar lengkap dengan pantulan cahaya yang realistik. Jelas HyperOS 4 mengambil inspirasi daripada Liquid Glass iOS 26.

Image from: Xiaomi HyperOS 4 Diumumkan Dengan Elemen Kaca Lutsinar

Selain elemen seakan kaca, tumpuan diberikan kepada prestasi yang lebih baik. Menurut Xiaomi kelajuan membuka aplikasi dipertingkatkan 18% berbanding HyperOS 3. Sumber dipra-muat ke dalam RAM menggunakan AI bagi memberikan masa tindak balas aplikasi lebih responsif. Turut ditambah baik ialah masa diambil untuk memproses gamnar, melancarkan kamera dan mengurangkan jumlah bingkai animasi yang hilang.

Image from: Xiaomi HyperOS 4 Diumumkan Dengan Elemen Kaca Lutsinar

Saiz folder pada skrin juga boleh diubah mengikut kehendak pengguna seperti yang boleh dilihat pada HarmonyOS. Widget boleh disusun bertingkat bagi mengurangkan penggunaan ruang pada skrin. Skrin kunci turut boleh diperibadikan dengan lebih baik. Elemen seperti jam kini responsif dengan saiz yang dipilih pengguna dan gambar latar yang digunakan.

Image from: Xiaomi HyperOS 4 Diumumkan Dengan Elemen Kaca Lutsinar

Prestasi XiaoAI turut ditambah baik dengan kemampuan melakukan rumusan dokumen, menghasilkan dokumen, merancang perjalanan pengguna berdasarkan dokumen yang diberikan, mencari produk dan banyak lagi. XiaoAI menggunakan model Xiaomi MiMo baharu untuk menyokong kesemua ciri yang mirip Gemini Intelligence.

Ujian Beta untuk HyperOS 4 dimulakan hari ini pada siri Xiaomi 17 Ultra, 17 Pro Max, Redmi K90 Pro Max, dan Pad 8 Pro sebelum diberikan pada peranti lain paa 27 Ogos serta 17 September secara berperingkat.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved