Xiaomi Ingin Memastikan Apple Watch Boleh Digunakan Bersama Peranti Mereka

TechnologyDigital
9 Dec 2024 • 11:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak kali pertama Apple Watch kali pertama dilancarkan pada tahun 2015 sehingga hari ini, ia tidak pernah disokong pada peranti Android. Sambungan jam tangan pintar ini dikunci untuk ekosistem Apple sahaja. Perkara ini mungkin berubah dengan Xiaomi tidak lama lagi.

Kenapa? Xiaomi dikhabarkan ingin mengembangkan lagi sokongan HyperConnect mereka. Sekarang HyperConnect hanya menyokong pemindahan fail pantas, membuka fail Keynote dan menyiarkan kandungan skrin Xiaomi 15 ke skrin MacBook. Akan datang, Xiaomi dikatakan ingin Apple Watch, AirPods dan HomePod boleh digunakan bersama peranti mereka.

Buat masa ini masih tidak pasti bagaimana Xiaomi akan melakukannya. Jangkaan saya adalah, Xiaomi akan membangunkan aplikasi khas untuk sambungan. Diharapkan, Xiaomi tidak menggunakan kaedah Nothing yang menghubungkan akaun iCloud pengguna ke pelayan pihak ketiga dari peranti macOS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved