Xiaomi Kini Jual Mesin Kopi Semi-Automatic Espresso Di Malaysia Pada Harga RM399

LocalDigital
15 Jan 2026 • 10:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Xiaomi Mijia Semi-Automatic Espresso kini boleh didapati di Malaysia. Mesin kopi ini direka dengan lebar hanya 14 inci menjadikannya sesuai untuk meja atau dapur kecil. Tubuhnya diperbuat daripada keluli tahan karat yang tahan kakisan serta telah lulus ujian SGS gred makanan.

image is not available

Ia turut dilengkapi dengan pam berputar 20Bar dari Itali bersama kawalan sensor suhu NTC (Negative Temperature Coefficient) masa nyata yang memastikan hasil kopi sentiasa konsisten. Selain itu, pemegang wap berputar 360° dengan muncung 8mm membolehkan pengguna menghasilkan buih susu halus untuk latte art, manakala kawalan sentuhan pintar menjadikan penggunaan mesin lebih mudah.

image is not available
image is not available
image is not available

Seterusnya, tangki air boleh tanggal berkapasiti 0.9L membolehkan beberapa hidangan disediakan tanpa perlu kerap diisi semula. Komponen seperti dulang (drip tray) dan ruang wap juga direka sebaiknya agar mudah dibersihkan. Mesin ini bukan sahaja boleh membancuh espresso, Americano dan teh malah sesuai untuk minuman sejuk seperti latte ais.

image is not available

Xiaomi Semi-Automatic Espresso kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM399. Selain itu, terdapat promosi jualan terhad pada harga RM369 untuk tempoh tertentu.

View Original Article