Melalui perkongsian data pihak Canalys terbaru untuk suku kedua 2023 yang lepas, ia memperlihatkan Xiaomi kini menerajui pasaran Malaysia dengan pegangan pasaran Malaysia sebanyak 18%.

Mengikut rapat dibelakang adalah Samsung dengan pegangan berjumlah 17%. Walaubagaimanapun, jikalau dibandingkan dari segi perkembangan tahunan, Xiaomi memperlihatkan penurunan sebanyak 45%, berbanding Samsung yang memperlihatkan penurunan 25%.
Menduduki tangga ketiga adalah Oppo, dan diikuti oleh Vivo, dan seterusnya Realme di tangga ke-5.
Pasaran telefon pintar tahun ini boleh dikatakan berkembang agak perlahan berbanding tahun-tahun sebelumnya, apatah lagi dengan kesan ekonomi – membuatkan pengguna kurang beralih ke peranti baharu, dan kekal menggunakan peranti sedia ada.
