
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (15 Januari) Xiaomi memperkenalkan barisan telefon pintar terbaharunya REDMI Note 15 Series yang hadir dengan empat model iaitu:
- REDMI Note 15 Pro+ 5G
- REDMI Note 15 Pro 5G
- REDMI Note 15 5G dan
- REDMI Note 15
Siri kali ini menampilkan sesuatu yang berbeza apabila ia lebih memberi penekanan terhadap ketahanan melalui konsep baharu dikenali sebagai REDMI Titan Durability, menjadikannya lebih lasak untuk kegunaan harian.
Bateri tahan lama, siap dapat waranti tukar bateri baru sehingga 4 tahun
Selain itu, prestasi bateri yang lebih tahan lama juga menjadi antara tarikan utama. Model REDMI Note 15 Pro+ 5G dilengkapi bateri Silicon-Carbon (SiC) berkapasiti 6,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W, selain fungsi reverse charging.
Tambah Xiaomi lagi, bateri ini mampu mengekalkan prestasi sehingga enam tahun penggunaan biasa. Model lain dalam siri ini juga tidak kurang hebatnya dengan kapasiti bateri sehingga 6,000mAh walaupun rekaan telefon kekal nipis dan ringan.
Siri REDMI Note 5G Pro lepas pensijilan SGS
Dari segi ketahan fizikal, model Pro dalam siri ini telah melepasi pensijilan SGS yang mengesahkan drop resistence, lenturan dan tekanan. Ia turut menggunakan kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 serta struktur dalaman yang diperkukuh.
Tidak hanya itu, model Pro juga menyokong tahap perlindungan air dan habuk sehingga IP69K menjadikannya sesuai digunakan dalam pelbagai situasi mencabar termasuk ketika hujan atau tangan basah.
Kamera dinaik taraf, Siri REDMI Note Pro hadir dengan kamera utama 200MP
Untuk peminat fotografi, Xiaomi turut menaik taraf sistem kamera pada siri ini. REDMI Note 15 Pro+ 5G dan Pro 5G hadir dengan kamera utama 200MP yang menawarkan hasil gambar lebih jelas, terperinci dan fleksibel untuk pelbagai sudut penggambaran.
Manakala REDMI Note 15 5G dan versi standard pula dibekalkan kamera 108MP yang sesuai untuk kegunaan harian dan rakaman potret.
Pelbagai ciri AI turut disertakan bagi memudahkan suntingan gambar secara lebih pantas.
Prestasi mantap dan ciri pintar
Dari sudut prestasi, REDMI Note 15 Pro+ 5G hadir dengan cip pemprose Snapdragon 7s Gen 4 bersama sistem penyejukan IceLoop bagi memastikan prestasi kekal stabil walaupun digunakan dalam tempoh lama.
Siri ini juga menyokong ciri pintar seperti Google Gemini, Circle to Search serta teknologi komunikasi luar talian untuk model Pro yang membolehkan panggilan suara dibuat walaupun tanpa liputan rangkaian.
Skrin lebih besar dan audio lebih kuat
REDMI Note 15 Series hadir dengan skrin besar sehingga 6.83 inci, tahap kecerahan tinggi sehingga 3,200 nits serta ciri perlindungan mata.
Dari segi audio pula, model Pro menawarkan peningkatan volum sehingga 400%, sesuai untuk tontonan video dan permainan.
Harga dan pilihan warna
Bagi pilihan warna, REDMI Note 15 Pro+ 5G hadir dengan tiga pilihan iaitu Mocha Brown, Glacier Blue dan Black sementara Note 15 Pro 5G pula didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Mist Purple, Glacier Blue, Titanium dan Black.
REDMI Note 15 5G pula hadir dengan warna Mist Purple, Glacier Blue dan Black, sementera REDMI Note 15 didatangkan dengan warna Glacier Blue, Purple, Forest Green, Black
Untuk harga pula, REDMI Note 15 Pro+ 5G dijual pada harga RM1,899 untuk varian 512GB dan RM1,699 (256GB). Pra-tempahan boleh dibuat bermula hari ini (16 Januari) sehingga 21 Januari depan.
Pembeli yang membuat tempahan awal berpeluang menerima REDMI Pad SE berserta cover secara percuma yang bernilai RM748.
Selain itu, Xiaomi Malaysia turut menawarkan hadiah percuma kepada pelanggan yang membeli Redmi Note 15 Pro Series dari 16 hingga 21 Januari 2026, termasuk:
- Waranti bateri selama 4 tahun
- Waranti perlindungan kerosakan akibat cecair serta perlindungan panel hadapan & belakang selama 2 tahun
- Waranti penuh peranti selama 2 tahun
Berikut harga bagi REDMI Note 15 Pro 5G, REDMI Note 15 5G dan REDMI Note 15:

View this post on Instagram


