Xiaomi Lancarkan Powerbank Nipis 5000 mAh Pada Harga RM259

TechnologyDigital
25 Feb 2026 • 3:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi UltraThin Magnetic Power Bank 5000 15W kini dilancarkan di Malaysia dengan ia menawarkan kapasiti bateri 5000 mAh dalam tubuh yang sangat nipis 6mm dan seberat 98 gram sahaja. Powerbank menyokong pengecasan nirwayar Qi2 15W dan berwayar 22.5W menerusi UBS-C.

image is not available

Dengan saiznya yang nipis, ia tidak begitu menambah ketebalan apabila disambung di belakang peranti. Saiz nipis dicapai kerana teknologi bateri SiC. Walaupun dilancarkan oleh Xiaomi, powerbank juga boleh digunakan dengan iPhone tetapi pengecasan nirwayar terhad kepada 7.5 sahaja. Kerangka powerbank diperbuat daripada aluminium dengan panel polikarbonat pada bahagian sisi.

Di Malaysia Xiaomi UltraThin Magnetic Power Bank 5000 15W dijual pada harga RM259 sebuah dalam pilihan warna oren, perak dan hitam.

View Original Article